Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Sejarah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM),  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bermula pada September 2000 dengan tertubuhnya Jabatan Teknologi Maklumat dan Multimedia (JTMM), Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO).

Seterusnya, pada Mei 2004, JTMM telah dinaiktaraf menjadi sebuah fakulti dan diberikan nama sebagai Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia (FTMM) yang beroperasi sepenuhnya di Kampus Bandar, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

FTMM terus berusaha untuk melangkah kehadapan dengan melakukan proses penjenamaan semula dan hasilnya pada  24 Ogos 2010, Ahli Lembaga Pengarah (LPU) UTHM telah bersetuju untuk menjenamakan semula FTMM sebagai Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM).

Melalui penjenamaan semula tersebut ianya telah membuka ruang untuk penubuhan beberapa Jabtan yang baru antaranya Jabatan Kejuruteraan Perisian, Jabatan Keselamatan Maklumat, Jabatan Web Teknologi dan Jabatan Multimedia. Melalui penubuhan jabatan-jabatan tersebut pelbagai program akademik baru turut sama diperkenalkan sebagai usaha kami untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam memainkan peranan yang penting memperkasakan bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat untuk memenuhi aspirasi tempatan dan luar negara.

Secara keseluruhannya , FSKTM adalah sebuah gedung ilmu yang mengumpulkan ahli-ahli akademia, pentadbir, ahli teknologi serta pelajar yang berdedikasi untuk kecemerlangan akademik dan penyelidikan bagi seluruh spekturm dunia Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

 

VISI

Meneroka aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk pembangunan negara.

 

MISI

Melahirkankan graduan yang kreatif, inovatif, kompetan dan bertanggungjawab melalui program akademik sejajar dengan misi universiti.


OBJEKTIF


  1. Melahirkan graduan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang memenuhi keperluan industri.
  2. Melaksanakan aktiviti penyelidikan, penerbitan dan perundingan dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat secara aktif.
  3. Meningkatkan kamiharan dan pengetahuan masyarakat dalam bidang ICT.
  4. Menyediakan prasarana ICT yang kondusif bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.
 
OBJEKTIF KUALITI

  1. Fakulti memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 65% selepas enam (6) bulan bergraduat.
  2. Fakulti melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya 10 geran penyelidikan, 30 penerbitan dan 2 penerbitan dalam setahun.
  3. Fakulti melaksanakan sekurang-kurangnya dua (2) aktiviti kemasyarakatn bagi tujuan pemindahan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ICT setiap tahun.
  4. Fakulti memastikan nisbah komputer kepada pelajar adalah sekurang-kurangnya 1:3.

PROGRAM AKADEMIK


Program Pra Siswazah:

  1. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
  2. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
  3. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Maklumat)
  4. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Web)
  5. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengkomputeran Multimedia) 
Program Pasca Siswazah:

Program Mod Campuran

1.Ijazah Sarjana Sains Komputer (Pengkomputeran Lembut)

2.Ijazah Sarjana Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)

3.Ijazah Sarjana Sains Komputer (Teknologi Web)

4.Ijazah Sarjana Sains Komputer (Keselamatan Maklumat)

Program Penyelidikan

  1. 1.Ijazah Sarjana Teknologi MaklumatMaster of Information Technology
  2. 2.Ijazah Doktor Falsafah Teknologi Maklumat.

KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  1. Makmal Pangkalan Data
  2. Makmal Pengkomputeran Pintar
  3. Makmal Grafik dan Multimedia
  4. Studio Multimedia
  5. Makmal Kejuruteraan Perisian
  6. Makmal Pengaturcaraan
  7. Makmal Pembangunan Perisian.
  8. Makmal Rangkaian dan Telekomunikasi.Makmal Realiti Maya
  9. Makmal Pengaturcaraan Internet
  10. Makmal Teknologi Komputer
  11. Makmal Keselamatan Komputer
  12. Makmal Forensik Digital
  13. Makmal Penyelidikan Pelajar
  14. Makmal Teknologi Web
  15. Makmal Penyelidikan Berbantukan Komputer
  16. Bilik-bilik Seminar
  17. Bilik-bilik Tutorial

KERJAYA DALAM BIDANG SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Berikut adalah antara kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat :

1. Pengaturcara

Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya Software DeveloperJava Developer.Net ExpertiseWeb Developer,Multimedia ProgrammerSoftware Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa pengaturcaraan. Anda tidak perlu mahir semua bahasa pengaturcaraan tetapi pemikiran logik serta algoritma perlulah tinggi berserta dengan kemahiran insaniah yang tinggi (soft skill) untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta.

2. IT Eksekutif

Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (Bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian

Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA CertificateLinux Red Hat Certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel  dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi

Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque – Ipin Upin atau MDC – Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat

Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan Sains Komputer dan Teknologi Maklumat  . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.


DEKAN (Memangku)


Profesor Madya Dr. Nazri Bin Mohd Nawi

 


HUBUNGI KAMI

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,Johor Darul Takzim, Malaysia.Tel. : +(60)7-4533606      
Fax : +(60)7-4536023
Email :
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Website :http://fsktm.uthm.edu.my/

You are here:Akademik Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional