logo uthm

Senarai Program Pasca Ijazah

Pasca Ijazah


  • Ijazah Sarjana Secara Kerja Kursus Sepenuh Masa Sahaja
    • Sarjana Kejuruteraan Awam
    • Sarjana Kejuruteraan Elektrik
    • Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
    • Sarjana Pendidikan Teknik & Vokasional
    • Sarjana Pendidikan Teknikal ( Kejuruteraan Awam)
    • Sarjana Pendidikan Teknikal ( Kejuruteraan Elektrik)
    • Sarjana Pendidikan Teknikal ( Kejuruteraan Mekanikal)
    • Sarjana Pendidikan Teknikal ( Reka bentuk Instruksional dan Teknologi)
  • Ijazah Sarjana Secara Penyelidikan Sepenuh Masa Atau Separuh Masa    
    • Sarjana Kejuruteraan Awam
    • Sarjana Kejuruteraan Elektrik
    • Sarjana Kejuruteraan Mekanikal
    • Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
    • Sarjana Sains Pengurusan Teknoogi
    • Sarjana Sains Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti
    • Sarjana Teknologi Maklumat
    • Sarjana Sains
  • Doktor Falsafah Secara Penyelidikan Sepenuh Masa Atau Sepenuh Masa
    • Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam
    • Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrik
    • Doktor Falsafah Kejuruteraan Mekanikal
    • Doktor Falsafah Pendidikan Teknik Dan Vokasional
    • Doktor Falsafah Pengurusan Teknologi
    • Doktor Falsafah Pengurusan Harta Tanah Dan Fasiliti
    • Doktor Falsafah Teknologi Maklumat
    • Doktor Falsafah Sains

Permohonan dan Pengambilan


Borang kemasukan boleh didapati di Pusat Pengajian Siswazah UTHM pada harga RM 5.00 seunit. Permohonan menerusi pos hendaklah dibuat dengan disertakan wang pos sebanyak RM 5.00 dalam bentuk Wang Pos Malaysia atau Kiriman Wang atas nama  Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berserta sampul surat beralamat sendiri bersaiz 28cm X 34cm, bersetem RM 1.00 dan dialamatkan kepada :

Dekan,
Pusat Pengajian Siswazah,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.

Sila rujuk kepada iklan kemasukan yang dikeluarkan di akhbar mingguan tempatan sebelum membuat permohonan. Borang permohonan kemasukan juga boleh didapati menerusi laman web UTHM. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh tutup dikira gagal. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan menerusi talian telefon : +607-4537757/ 4537905/ 4537903 atau faks : +607-4536111 atau e-mail kepada Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. atau Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.


Kelayakan Am


Program Sarjana

Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian baik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf atau kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjana Muda dan pengalaman dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat UTHM.

Program Doktor Falsafah

Ijazah Sarjana dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia atau dari mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf, atau kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat, atau sedang mengikuti program Sarjana di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti dengan persetujuan Senat UTHM.

Keterangan lanjut


Keterangan lanjut berkaitan program-program yang dijalankan,  tempoh pengajian, syarat-syarat kemasukan dan sebagainya sila layari laman web Pusat Pengajian Siswazah di http://ps.uthm.edu.my

Bakal Pelajar

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menawarkan program-program yang

 

 

 

  

 

 

 

 

Bentuk & Tempoh Pengajian

Bagi semua program, pengambilan akan dilakukan sebanyak dua kali, iaitu kemasukan Sesi Jun dan November, bergantung kepada jenis pengajian. Pendaftaran Program Pengajian Siswazah bolehlah dibuat dalam bentuk berikut :

  • Sepenuh Masa
  • Separuh Masa

Tempoh Pengajian bagi Program Pengajian Siswazah dan tempoh bermastautin (tempoh di mana pelajar berada di UTHM) adalah seperti berikut :

Program

Sepenuh Masa

Separuh Masa

 

Minimum
(Semester)

Maksimum (Semester)

Minimum
(Semester)

Maksimum
(Semester)

Bermastautin
(Semester)

Sarjana

2

6

4

10

4

Doktor Falsafah

6

14

8

18

8

Pengkhususan

 Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

  • Kejuruteraan Geoteknik
  • Kejuruteraan Pembinaan
  • Kejuruteraan Struktur
  • Kejuruteraan Bahan
  • Kejuruteraan Lebuh Raya
  • Kejuruteraan Pengangkutan
  • Kejuruteraan Lalulintas
  • Kejuruteraan Alam Sekitar
  • Kejuruteraan Sumber Api
  • Kejuruteraan Bangunan


Maklumat lanjut layari laman web FKAAS : Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar.


Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  • Rangkaian Ad Hoc Mobil dan Penderia
  • Komunikasi Optik dan Wayarless
  • Keserasian Elektromagnetik Perkomputeran
  • Sains Ionosfera dan Angkasa
  • Sains Radio dan Komunikasi Satelit
  • Antena dan Perambatan Gelombang
  • Kejuruteraan Gelombang Mikro dan RF
  • Pemprosesan Isyarat Digital
  • Elektronik Perubatan
  • Mikroelektronik
  • Nanoteknologi
  • Kejuruteraan Tisu
  • Pengimbas Bioperubatan
  • Teknologi Pemprosesan Plasma
  • Biosensor
  • Teleperubatan
  • Kejuruteraan Sel
  • Automasi Industri
  • Sistem Mekatronik dan Robotik
  • Robotik Perubatan dan Teleoperasi
  • Tenaga Boleh Diperbaharui
  • Kualiti Kuasa
  • Pemacu Elektrik
  • Elektronik Kuasa
  • Sistem Kuasa Industri
  • Kejuruteraan Voltan Tinggi
  • Perlindungan Sistem Kuasa
  • Pengkomputeran Berprestasi Tinggi
  • Perkomputeran Sistem Terbenam
  • Sistem Imej dan Penglihatan
  • Sistem Pintar
  • Sistem Realiti Maya
  • Rekabentuk VLSI
  • Rangkaian dan Keselamatan Komputer
  • Elektrik Kuasa
  • Komunikasi
  • Mekatronik
  • Mikroelektronik
  • Elektronik Perubatan

Maklumat lanjut layari laman web FKEE : Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

  • Termodinamik
  • Pemindahan Haba dan Perkomputeran Dinamik Bendalir
  • Kebisingan dan Getaran
  • Pembuatan
  • Pemesinan Termaju
  • CAD /CAM
  • Prototaip Deras
  • Kejuruteraan Sistem dan Industri
  • Automasi
  • Permodelan dan Simulasi
  • Optimasi
  • Penjadualan
  • Kualiti Udara Dalaman dan Keselesaaan Terma
  • Komposit
  • Bahan Termaju
  • Bahan Bio
  • Polimer
  • Rekabentuk Kejuruteraan
  • CAE
  • Penuangan
  • Fabrikasi Logam
  • Metalurgi Serbuk
  • Kawalan Bahan Cemar
  • Kejuruteraan Ledakan dan Hentaman
  • Perkomputeran Mekanik
  • Pengawalan Keadaan
  • Aerodinamik
  • Aeronautik
  • Kawalan Pesawat
  • Tenaga Angin
  • Kawalan Kualiti
  • Sistem Pengurusan Kualiti
  • Pembuatan
  • Bahan
  • Termo Bendalir
  • Mekanik

 

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

  • Pengajaran dan Pembelajaran
  • Pendidikan Berterusan
  • Kurikulum
  • Wanita
  • Keusahawanan
  • Pembangunan Profesional
  • Perkembangan Teknologi dan Amalan Pedagogi
  • Pentaksiran
  • Rekabentuk Instruksional dan Teknologi
  • Polisi Pendidikan
  • Pengurusan
  • Pembangunan Sumber Manusia
  • Kepimpinan
  • Nilai-Nilai Moral
  • Jaminan Kualiti
  • Ekonomi

 

Fakulti Pengurusan Teknologi, Keusahawanan dan Perniagaan

  • Pengurusan Teknologi
  • Pengurusan Pengetahuan
  • Pengukuran Prestasi
  • Penilaian Teknologi
  • Kualiti Pembinaan
  • Teknologi Konkrit Dalam Pembinaan
  • Pengurusan Projek
  • ICT Dalam Projek
  • ICT Dalam Pengurusan Dan Pembuatan
  • Pengurusan Operasi dan Pengeluaran
  • Proses Pembuatan
  • Pengurusan Kualiti Menyeluruh
  • Peramalan Industri
  • Pengurusan Rantaian Bekalan
  • Praktis Teknologi Dalam Pengurusan Harta Tanah Dan Fasiliti
  • Kewangan Harta Tanah dan Pelaburan
  • Pengurusan Alam Sekitar Dalam Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti
  • Agensi Harta Tanah dan Pemasaran
  • Penilaian Harta Tanah
  • Pembangunan dan Perancangan Luar Bandar
  • Penilaian Impak Sosial
  • Penandaarasan Harta Tanah dan Amalan Terbaik Pengurusan Fasiliti dan Harta tanah
  • Pembanguna Harta Tanah dan Pemasaran
  • Pengurusan Aset
  • Strategi Bisnes dan Perkhidmatan Sokongan Harta Tanah dan Fasiliti
  • Rekabentuk Perumahan
  • Pengurusan Lestari Dalam Pembinaan
  • Perumahan

 

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

  • Pangkalan Data Teragih
  • Kecerdasan Buatan
  • Perlombongan Data
  • Spesifikasi Pembuatan
  • Pengurusan Perisian
  • Kaedah Formal
  • Visualisasi Video
  • Sistem Maklumat
  • Pengujian Perisian
  • Pemprosesan Imej
  • Grafik Komputer
  • Pembelajaran Berbantukan Komputer
  • Pengklusteran Data
  • Pengkomputeran Grid
  • Pengoptimuman
  • Pengkomputeran Lembut
  • Kejuruteraan Perisian
  • Peramalan Siri Masa
  • Ketidakpastian

 

Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan

  • Fizik tenaga
  • Fizik Persekitaran
  • Fizik Elektronik
  • Fizik Laser
  • Optoelektronik
  • Sains Bahan
  • Fizik Gunaan
  • Sains Permukaan
  • Fizik Nuklear
  • Fizik Teknologi Nano
  • Mekanik Bendalir
  • Analisis Berangka
  • Persamaan Perbezaan Separa
  • Permodelan Rangakaian Neural
  • Permodelan Berstatistik
  • Analisis Siri Masa
  • Gelombang Tak Linear
  • Matematik Gunaan
  • Statistik Bermatematik
  • Penyelidikan Operasi
  • Pengoptimimuman
  • Kebarangkalian dan Statistik
  • Matematik Kabur
  • Statistik Kabur dan Topologi
  • Biologi Persekitaran
  • Kepelbagaian Biologi
  • Pemuliharaan Alam Sekitar
  • BioPolimer
  • Sains Perhutanan
  • Teknologi Perkayuan
  • Sains Persekitaran

 

Jenis Pengajian

 

Terdapat 2 jenis pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan ia bergantung kepada fakulti yang menawarkannya.

Pengajian Secara Kerja Kursus Sahaja

Secara keseluruhannya, pengajian ini dijalankan melalui kuliah, seminar dan Projek Sarjana. Beban kredit bagi setiap matapelajaran adalah di dalam lingkungan 3 kredit. Kertas projek kajian atau Projek Sarjana (PS) adalah dalam lingkungan 6 - 12 kredit. Bagi pelajar Sarjana Pendidikan, mereka akan melalui Projek Sarjana 1 (2 kredit) dan Projek Sarjana 2 (4 kredit). Manakala bagi pelajar Sarjana Kejuruteraan pula, akan menjalani Projek Sarjana Satu Semester sebanyak 12 kredit.

Pengajian Secara Penyelidikan

Pengajian ini adalah berasaskan sepenuhnya kepada penyelidikan. Pada setiap semester pelajar perlu mendaftar satu matapelajaran utama iaitu penyelidikan di samping matapelajaran umum Universiti dan pra-syarat sekiranya diperlukan. Pencapaian akademik akan dinilai dalam bentuk laporan kemajuan bagi setiap semester berkenaan